SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA......

TOPIK: MASYARAKAT MALAYSIA

Saturday 3 December 2011

PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM SABAH

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Penggunaan pakaian-pakaian tradisional mereka boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan serta untuk acara-acara kebudayaan.
Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka.Oleh itu,penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu.

Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki.
Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segi empat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan yang dilakukan.

 PAKAIAN TRADISIONALKAUM KADAZAN


PAKAIAN TRADISIONALKAUM BAJAU


PAKAIAN TRADISIONALKAUM MURUT

PAKAIAN TRADISIONALKAUM RUNGUS


PAKAIAN TRADISIONALKAUM DUSUN
Sabah terkenal dengan kepelbagaian suku kaumnya. Di daerah Kota Belud, suku kaum terbesar ialah suku kaum Dusun, diikuti oleh suku kaum Bajau dan suku kaum bumiputera yang seperti Irranun, Murut, Sungai dan sebagainya.

DUSUN

Ciri-ciri Pakaian Tradisi
a) Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam.
b) Gonob (sarong) paras lutut.
Perhiasan Pakaian
a) Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus.
b) Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan

dengan berbagai corakl kain berenda.c) Kain hitam berlapis-lapis
dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan) disandang di tangan sebelah kanan.
d) 2 pasang selendang merah.
e) Kain dastar sebagai kolar baju.(selindang lolopot)
f) Gonob ditenun sendiri oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan
kain tenunan dari hasil pemprosesan pisang larut (textil musa)

No comments:

Post a Comment