MAKANAN TRADISI ORANG CINA
DIMSUM, YONGTAUHU,NASI AYAM & NASI CLAYPOT
NIANGAO(KUIH BAKUL)~MAKANAN SEMPENA
TAHUN BARU CINA
KUIH BULAN
BAKCANG
JIAOZI
DIMSUM
YONG TAUHU
LOK-LOK
KUIH CAKOI
Makanan Tradisional Cina dikatakan bermula dari pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18.
Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut.

Jiaozi ialah salah satu lagi jenis makanan yang sangat popular bagi orang Cina. Jiaozi diperbuat daripada tepung gandum dan intinya diperbuat dari pelbagai jenis termasuk inti daging, teripang, udang segar dan sebagainya seperti kucai atau sayur-sayuran yang dicampur dengan daging.
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat, Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ).Kuih bakul, nian gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada pulut. Makanan Tradisional Cina ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina.