SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA......

TOPIK: MASYARAKAT MALAYSIA

Saturday, 3 December 2011

MAKANAN TRADISIONAL DI SABAH


MAKANAN KAUM KADAZAN-DUSUN  ~ AMBUYAT


ULAT RUMBIA

MAKANAN TRADISIONAL KAUM BAJAU ~ KUIH PENJARAM


MAKANAN TRADISIONAL KAUM BAJAU ~ LATOK

 
MAKANAN TRADISIONAL KAUM BAJAU ~ TEHE-TEHE
 
 
MAKANAN TRADISIONAL KAUM BAJAU ~ PUTU
 
 
KUIH CINCIN


MEE TUARAN





PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM SABAH

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Penggunaan pakaian-pakaian tradisional mereka boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan serta untuk acara-acara kebudayaan.
Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka.Oleh itu,penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu.

Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki.
Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segi empat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan yang dilakukan.

 PAKAIAN TRADISIONALKAUM KADAZAN


PAKAIAN TRADISIONALKAUM BAJAU


PAKAIAN TRADISIONALKAUM MURUT

PAKAIAN TRADISIONALKAUM RUNGUS


PAKAIAN TRADISIONALKAUM DUSUN
Sabah terkenal dengan kepelbagaian suku kaumnya. Di daerah Kota Belud, suku kaum terbesar ialah suku kaum Dusun, diikuti oleh suku kaum Bajau dan suku kaum bumiputera yang seperti Irranun, Murut, Sungai dan sebagainya.

DUSUN

Ciri-ciri Pakaian Tradisi
a) Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam.
b) Gonob (sarong) paras lutut.
Perhiasan Pakaian
a) Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus.
b) Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan

dengan berbagai corakl kain berenda.c) Kain hitam berlapis-lapis
dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan) disandang di tangan sebelah kanan.
d) 2 pasang selendang merah.
e) Kain dastar sebagai kolar baju.(selindang lolopot)
f) Gonob ditenun sendiri oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan
kain tenunan dari hasil pemprosesan pisang larut (textil musa)

TAYANGAN VIDEO - KENALI SABAH @ MALAYSIAN BORNEO


MAKANAN TRADISIONAL DI SARAWAK

BASUNG PULUT


MANOK PANSOH


UMAI UDANG


NASI BULUH


KEK LAPIS PERISAI


KUIH TRADISIONAL SARAWAK


TEBALOI

Makanan ringan adalah makanan tradisional masyarakat Melanau yang terdapat di Sarawak.Ia dihasilkan daripada tepung sagu, kelapa parut segar, gula dan serbuk kunyit yang kemudiannya dibakar di atas daun pisang menggunakan oven untuk memberi rasa yang lembut dan harum. Tebaloi yang dihasilkan boleh disimpan sehingga satu setengah tahun.


LAKSA SARAWAK


Friday, 2 December 2011

PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM SARAWAK








PAKAIAN SUKU KAUM IBAN
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN
KAIN SIRAT
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhia.

DANGDONG

Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN


BIDANG
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.

KALAMBI
 
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik

BEDONG
 
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.
 


PAKAIAN LELAKI SUKU KAUM BIDAYUH

Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.



PAKAIAN PEREMPUAN SUKU KAUM BIDAYUH

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.


PAKAIAN LELAKI SUKU KAUM MELANAU

Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.


PAKAIAN PEREMPUAN SUKU KAUM MELANAU~BAJU BABAN
 
Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.


PAKAIAN PEREMPUAN SUKU KAUM MELANAU~BAJU BALDU
 
Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.
 

TAYANGAN VIDEO - KENALI SARAWAK BUMI KENYALANG


Saturday, 5 November 2011

MAKANAN KAUM INDIA


MAKANAN KAUM INDIA


ROTI CANAI


CAPPATI


THOSAI


BATURA


MURUKU


VAADAI


LADDU


IDLI


PURI


Makanan tradisi kaum india terdiri daripada thosai, idli, vaadai, roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal