SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA......

TOPIK: MASYARAKAT MALAYSIA

Friday 28 October 2011

Makanan Kaum Cina



MAKANAN TRADISI ORANG CINA



DIMSUM, YONGTAUHU,NASI AYAM & NASI CLAYPOT


NIANGAO(KUIH BAKUL)~MAKANAN SEMPENA
TAHUN BARU CINA


KUIH BULAN


BAKCANG


JIAOZI


DIMSUM

YONG TAUHU

LOK-LOK


KUIH CAKOI

Makanan Tradisional Cina dikatakan bermula dari pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18.

Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut.

Jiaozi ialah salah satu lagi jenis makanan yang sangat popular bagi orang Cina. Jiaozi diperbuat daripada tepung gandum dan intinya diperbuat dari pelbagai jenis termasuk inti daging, teripang, udang segar dan sebagainya seperti kucai atau sayur-sayuran yang dicampur dengan daging.

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat, Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ).Kuih bakul, nian gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada pulut. Makanan Tradisional Cina ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina.
Tradisi makan bakcang secara rasmi dijadikan sebagai salah satu kegiatan dalam festival Peh Cun sejak Dinasti Jin. Festival ini dirayakan setiap tahunnya pada tanggal 5 bulan 5 penanggalan Imlek dan telah berumur lebih 2300 tahun dihitung dari masa Dinasti Zhou. Perayaan festival ini yang biasa kita ketahui adalah makan bakcang (肉粽, rouzong) dan perlombaan dayung perahu naga.

PAKAIAN KAUM CINA


PAKAIAN TRADISI KAUM CINA



CHEONGSAM DAN SAMFU


CHEONGSAM


SAMFU


PAKAIAN KAHWIN TRADISIONAL KAUM CINA



Sunday 23 October 2011

MAKANAN KAUM MELAYU


OTAK-OTAK, KETUPAT & RENDANG


LEMANG


NASI LEMAK


SATE



ONDEH-ONDEH


KUIH-MUIH


 
Budaya makanan orang Melayu tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia.Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai ‘rice bowl of Malaysia’. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman.  Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan.
Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.
Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu di hotel-hotel terkemuka.

Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka.  Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran.


PAKAIAN KAUM MELAYU

BAJU MELAYU


BAJU KEBAYA

BAJU KURUNG


PAKAIAN KAUM MELAYU


Thursday 20 October 2011

HARI RAYA PUASA~KAUM MELAYU

                                            VIDEO MENGENAI HARI RAYA PUASA

Wednesday 19 October 2011

MASYARAKAT MALAYSIA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

                  MATA PELAJARAN:KAJIAN TEMPATAN
                  TAHUN                      : 4 Pintar
                  TAJUK
                                       Topik 2   :  Kejiranan
                                      Subtopik :   2.1 Perihal Jiran
                                                         ( C ) Cara Hidup
                                                              ( ii  )  Agama dan Kepercayaan
                                                                 ( iii )  Hari Kebesaran dan Perayaan
                    OBJEKTIF                     : 
                                                            Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
                                                      a)     Menyatakan jenis-jenis perayaan bagi jiran.
                                                     
                                 b)Memperoleh maklumat berkaitan dengan agama dan
                                                       kepercayaan yang dianuti oleh penduduk setempat atau jiran.  
MASA           :                                    60 MINIT                     

HASIL PEMBELAJARAN:                                                                                                  

   Aras 1
Ø  Menyatakan agama, kepercayaan dan hari kebesaran yang dirayakan oleh jiran.

   Aras 2
Ø  Menceritakan jenis agama dan kepercayaan , hari kebesaran dan perayaan jiran yang berlainan keturunan.

   Aras 3
Ø  Mengklasifikasikan agama dan kepercayaan , dan hari kebesaran jiran murid.

                                   






Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar
       
            SET INDUKSI ( Movie ):
  1. Guru menayang movie yang mengenai Hari Paya Puasa.
  2. Guru menanya soalan yang berkaitan dengan movie yang ditayang.
(i)                 Apakah persediaan yang perlu dibuat  sebelum Hari Raya Puasa?
(ii)               Dimanakah penganut agama Islam perlu kunjungi semasa Hari Raya Puasa?

       SET INDUKSI:
  1. Murid-murid menonton tayangan.
  2. Murid-murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru berdasarkan tayangan.

           LANGKAH I : ( Penerangan )
  1. Guru memaparkan slaid BBM dalam bentuk MS Power Point.
  2. Guru memberi penjelasan tentang kaum-kaum yang terdapat di Malaysia di samping menunjukkan gambar dalam bentuk slaid MS Power Point.
  3. Guru menunjukkan gambar rajah yang telah dipautkan dengan gambar-gambar atau penjelasan semasa proses P&P dijalankan.


     LANGKAH I
Murid-murid memberi tumpuan ketika
guru  menerang.

       LANGKAH 2 ( Aktiviti Kumpulan ) :
1.        Guru membahagikan murid-murid kepada 5 orang dalam satu kumpulan supaya membentukan 8 kumpulan.
2.        Guru menunjukan slaid yang telah dialamatkan dengan Laman Web yang tertentu.
3.        Memberi tunjuk ajar agar murid-murid dapat melayani laman web yang telah ditentukan.
4.        Guru meminta murid-murid memuat turun maklumat atau gambar yang penting serta berkaitan di dalam Folder mereka masing-masing untuk menghasilkan port folio kumpulan yang berkaitan dengan perayaan. ( Tajuk / perayaan boleh dipilih sesuka sendiri. )

5.        Guru meminta murid-murid menghantar tugasan pada tarikh yang ditetapkan       ( satu minggu ) dalam bentuk buku skrap  
       atau dalam bentuk perisian
     LANGKAH 2
  1. Murid-murid membentukan kumpulan.
  2. Murid-murid mengklik tetikus untuk membuka laman web yang telah ditentukan.
  3. Murid-murid melayani laman web.
  4. Murid-murid memuat turun maklumat-maklumat atau gambar-gambar yang berkaitan.
  5. Murid-murid berbincang tajuk yang perlu dipilih.
  6. Murid-murid bekerjasama memcari maklumat.

LANGKAH 3 ( Aktiviti Induvidu ) :
  1. Guru menunjukkan lembaran kerja menerusi MS Excel.
  2. Guru-guru meminta murid-murid menyiapkan latihan pengukuhan.
  3. Guru menunjukkan slaid agar murid-mrid dapat menjawab soalan didalamnya. Slaid yang ditunjukkan akan memberi balasan walaupun jawapan salah ataupun betul.

LANGKAH 3 :
  1. Murid-murid diminta membuat lembaran kerja yang disediakan dalam bentuk perisian Excel.
  2. Murid-murid boleh mencetak soalan dan lembaran kerja.

  1. Guru membuat ringkasan kepada  topik-topik yang telah dijelas.
  2. Guru meminta menghantar jawapan melalui e-mail kepada guru ( e-mail address telah ditujukkan ) dimana merujuk kepada soalan-soalan yang ditanya.
  3. Guru menyemak jawapan melalui e-mail.

PENUTUP :
  1. Murid-murid memberi balasan.
  2. Murid-murid menjawab soalan dan menghantar jawapan melalui e-mail kepada guru.